Aquasprite Theme Demo

SELANGOR ARMWRESTLING

Marley And Me

SELANGOR ARMWRESTLING

Crank:High Voltage

SELANGOR ARMWRESTLING

WATCHMEN - The Movie

SELANGOR ARMWRESTLING

Bedtime Stories
Latest News

Ahli jawatankuasa PSLNS 2008-2013

Posted by Laman Taktikal Gusti Lengan on Saturday, January 2, 2010 , under , , , , | comments (0)




Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor untuk tempoh 2008 – 2013 adalah seperti berikut;

AJK Induk

Penaung - Kosong

Presiden
Encik Ab Aziz bin Ali

Timbalan Presiden
Encik Mohamad Radzillah bin Abdullah

Naib Presiden 1
Encik Mohamad Razali bin Shaharin

Naib Presiden 2
Encik Harith Joseph Abdullah

Naib Presiden 3
Puan Noraza Md Ali

Setiausaha Agong
Encik Shamsul Kahar bin Mohamad

Bendahari Kehormat
Encik Yaahaya bin Husin

AJK 1
Encik Shahril Amir Zainual Abdin

AJK 2
Encik Mahran bin Che Ahmad

AJK 3
Encik Shuhamisidy bin Shamsuddin

AJK 4
Encik Sarwan bin Hj Hussin

AJK 5
Encik Tajuddin bin Manja

AJK 6
Encik Yaahaya bin Husin

AJK 7
Encik Shamsul Kahar bin Mohamad

AJK 8
Encik Abu Bakar Roseman bin Zabidi

AJK 9
Encik Mohd Adnan bin Osman

AJK 10
Cik Nor Ilyana bte Megat Shamsuddin

AJK 11
Encik Hashim bin Muhiden

AJK 12
Encik Zainuddin bin Mohamed

AJK 13
Encik Hassan bin Omar

AJK 14
Puan Emelia binti Kamaruddin

AJK 15
Cik Norashikin bte Abdullah


Biro-Biro

Pengarah Pertandingan
Encik Shamsul Kahar bin Mohamad

Pengarah Latihan dan Pembangunan
Encik Shahril Amir bin Zainal Abidin
Encik Shuhaimisidy bin Shamsuddin – Ketua Jurulatih
Encik Sarwan bin Hj Hussin

Pengarah Logistik & Seminar
Encik Mohamad Razali bin Shaharin
Encik Abu Bakar Roseman bin Zabidi

Pengarah Pengadilan
Encik Ab Aziz bin Ali
Cik Nurilyana bte Megat Shamsuddin
Encik Sarwan bin Hj Hussin – Ketua Pengadil
Encik Mohd Adnan bin Osman - Pengadil
Encik Zainuddin bin Mohamed - Pengadil
Encik Hashim bin Muhiden – Pengadil
Encik Hassan bin Omar

Pengarah Kebajikan
Encik Shahril Amir bin Zainal Abidin
Cik Norashikin bte Abdullah


UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN GUSTI LENGAN PSLNS

Posted by Laman Taktikal Gusti Lengan on Thursday, December 31, 2009 , under | comments (0)



UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN GUSTI LENGAN



  1. PERKARA 1 – KATEGORI
    1.1. Kategori A Lelaki atas 85kg
    1.2. Kategori B Lelaki 75.1kg ke 85kg
    1.3. Kategori C Lelaki 75kg ke bawah
    1.4. Kategori D Wanita atas 75kg
    1.5. Kategori E Wanita 75kg ke bawah


  2. PERKARA 2 – FORMAT PERTANDINGAN
    2.1. Pertandingan mengunakan format kalah dua kali atau double elimination iaitu pemain yang kalah kali untuk ke dua akan terkeluar dari pertandingan dan pemain yang menang mara ke pusingan yang seterusnya.
    2.2. Walau bagaimanapun PSLNS boleh mengubah format pertandingan jika perlu.
    2.3. Pertandingan hanya menggunakan tangan kanan sahaja.

  3. PERKARA 3 – TIMBANG BERAT BADAN
    3.1. Pemain-pemain akan ditimbang berat badan terlebih dahulu pada hari pertandingan untuk penentuan dan pengesahan kategori pertandingan yang disertai.
    3.2. Pemain hendaklah berpakaian lengkap tanpa berkasut semasa timbangan. Bagaimanapun pemain boleh meminta untuk hanya memakai seluar pendek sahaja tanpa baju semasa timbangan.

  4. PERKARA 4 – MEMULAKAN PERLAWANAN
    4.1. Nama pemain-pemain yang berlawan akan dipanggil dan mereka diberi masa selama 60 saat untuk datang ke meja perlawanan. Kegagalan untuk hadir dalam masa ditetapkan, pemain yang berkenaan akan dianggap kalah dalam perlawanan berkenaan sahaja.
    4.2. Pemain hendaklah bersalaman dengan pengadil dan pemain lawan sebelum memulakan perlawanan
    .


  5. PERKARA 5 – CENGKAMAN
    5.1. Cengkaman bererti pemain mengenggam tangan lawan secara merapatkan dan mempertemukan tapak tangannya kepada tapak tangan lawan, ibu jari mesti dapat dilihat semasa memulakan perlawanan.
    5.2. Tangan yang lagi satu memegang besi pemegang (peg), yang ada di tepi meja.
    5.3. Sebelum membuat genggaman, siku hendaklah sentiasa berada di atas pelapik siku sepanjang perlawanan.
    5.4. Jika pemain masih gagal uuntuk melakukan cengkaman, pengadil akan melakukan cengkaman untuk pemain mengikut prosedur berikut; tangan kedua-dua pemain akan digenggamkan oleh pengadil. Dengan cara ibu jari pemain diturunkan dan jari pemain dirapatkan oleh pengadil. Setelah itu pengadil akan bertanya pemain jika mereka telah bersedia. Pemain tidak lagi dibenarkan menggerakkan tangan mereka.
    5.5. Sekiranya genggaman terlepas semasa perlawanan sedang berlangsung, tali pengikat akan digunakan. Pengadil akan meminta pemain-pemain untuk menempatkan siku masing-masing pelapik siku, meletakkan mereka dalam keadaan genggam menggengam. Ketika ini ikatan hendaklah segera dibuat. Hanya pengadil sahaja dibenarkan membuat ikatan dan meleraikan ikatan. Tali pengikat tidak boleh diikat lebih rendah daripada 1 inci di bawah garis pergelangan tangan.

  6. PERKARA 6 – TEKANAN KE BELAKANG
    6.1. Pemain dilarang menarik tangan lawannya sehingga melepasi garis tengan. Tindakan berkenaan dianggap sebagai tidak sah. Perlawanan akan dimulakan semula.
    6.2. Sekiranya berlaku tiga kali, pemain yang melakukan perbuatan berkenaan dianggap kalah.

  7. PERKARA 7 – PAKAIAN
    7.1. Pemain hendaklah berpakaian sukan dan memakai kasut. Selipar tidak dibenarkan.
    7.2. Pemain yang berambut panjang hendaklah memastikan rambut panjang berkenaan diikat terlebih dahulu. Pengikat atau penutup rambut adalah dibenarkan.
    7.3. Penutup kepala kecuali topi berpelindung ke1iling adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun pemain yang memakai "cap" hendaklah memusingkan "cap" ke belakang kepala.
    7.4. Semasa perlawanan, pemain tidak dibenarkan memakai jam tangan atau cincin atau apa juga perhiasan pada tangan yang digunakan untuk perlawanan.

  8. PERKARA 8 – KEDUDUKAN BADAN
    8.1. Kedudukan bahu mestilah se1ari dengan sisi meja sebelum perlawanan bermula. Mana-mana anggota badan tidak boleh melepasi garisan tengah meja.
    8.2. Semasa perlawanan kedudukan badan adalah bebas namun tidak boleh melebihi garisan tengah meja.

  9. PERKARA 9 – KEDUDUKAN BAHU DAN LENGAN
    9.1. Perlu ada ruang di antara bahu dan lengan pemain dan juga antara dagu dan tangan sebelum dan semasa perlawanan.
    9.2. Jarak berkenaan dengan anggaran seluas tapak tangan pengadil.

  10. PERKARA 10 – SENTUHAN PENGADIL
    10.1. Tidak ada sentuhan antara pengadil dengan pemain kecuali jika perlu sahaja.
    10.2. Pengadil hanya akan menyentuh pemain secara lembut hanya untuk membetulkan kedudukan tangan pemain

  11. PERKARA 11 – KEDUDUKAN KAKI
    11.1. Sekurang-kurang satu kaki pemain mestilah menyentuh lantai sebe1um perlawanan bermula.
    11.2. Kaki pemain boleh berada dalam keadaan bebas atau disendalkan di kaki meja atau ke masuk kawasan lawan tetapi tidak boleh sehingga mengganggu lawan semasa perlawanan berlangsung.
    11.3. Kaki juga boleh berada dalam kedudukan tergantung tidak menyentuh lantai semasa perlawanan berlangsung.

  12. PERKARA 12 - MEMULAKAN DAN MENAMATKAN PERLAWANAN
    12.1. Pengadil akan memberi isyarat memulakan perlawanan dengan menyebut "Ready .... Go!!"
    12.2. Pengadil akan menamatkan perlawananq dengan menyebut ”stop”.
    12.3. Pengadil juga akan menggunakan perkataan "Stop" untuk memberhentikan perlawanan.
    12.4. Sebaik pengadil menyebut perkataan "Stop" pemain mesti menghentikan perlawanan serta merta.
    12.5. Pengadil kemudian akan memegang tangan kedua pemain dan mengumumkan pemenang dengan mengangkat tangan pemain yang menang.

  13. PERKARA 13 – KEMENANGAN
    13.1. Pemain dianggap menang apabila pemain berjaya menjatuhkan tangan lawan sehingga belakang tangan atau lengan lawan menyentuh pelapik sentuhan atau sebaris dengan pelapik sentuhan,
    13.2. Perlawanan diadakan sebanyak dua kali jika pemain menang kedua-dua perlawanan dan perlawanan ke tiga jika pemain seri dalam dua perlawanan awal.

  14. PERKARA 14 – KECEDERAAN
    14.1. Sekiranya pemain mengalami kecederaan semasa perlawanan berlangsung, ianya masih tidak dianggap kalah melainkan pemain mengaku kalah dalam perlawanan berkenaan.

  15. PERKARA 15 – TEMPOH MASA PERLAWANAN
    15.1. Tidak terdapat batas waktu untuk perlawanan sebenar. Bagaimanapun, jika perlawanan berlangsung agak lama dan pada pandangan Ketua Pengadil, perlawanan itu dianggap tidak sesuai untuk diteruskan, maka perlawanan boleh dihentikan. Pengadil boleh memulakan perlawanan yang baru.

  16. PERKARA 16 – HENTIKAN PERLAWANAN
    16.1. Perlawanan yang sedang berlangsung tidak boleh dihentikan semasa atau di antara perlawanan kecuali jika berlaku kegagalan peralatan atau kesilapan jadual perlawanan atau diarah oleh pegawai pertandingan

  17. PERKARA 17 – PERLAWANAN KALI KE DUA
    17.1. Pemain atau pasukan tidak boleh dipertemukan untuk kali kedua melainkan untuk menentukan kedudukan tempat.

  18. PERKARA 18 – KELEBIHAN
    18.1. Pengadil perlawanan boleh memberi sedikit kelebihan kepada pemain yang sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

  19. PERKARA 19 – KAWASAN JATUHAN
    19.1. Pemain hanya boleh menjatuh pihak lawan di kawasan yang ditetapkan saja.

  20. PERKARA 20 – KEPUTUSAN PENGADIL
    20.1. Keputusan pengadil adalah muktamad

  21. PERKARA 21 – PERKATAAN YANG DIGUNAPAKAI
    21.1. Pengadil akan mengguna perkataan yang telah ditetapkan sahaja sewaktu perlawanan berlangsung.
    21.2. Pemain mestilah memahami maksud kata-kata berikut dan akur:
    21.3. Perkataan yang digunapakai adalah;
    21.3.1 Grip: Kedua-dua pemain hendaklah segera memulakan cengkaman ke atas satu sama lain.
    21.3.2 Ready .. Go!:Mulakan perlawanan
    21.3.3 Elbows down : Siku pemain hendaklah di atas pelapik siku
    21.3.4 Knuckles: Kuku hendaklah tidak mengenai mana-mana bahagian tangan lawan.
    21.3.5 Wrist: Pergelangan tangan hendaklah diluruskan sebelum perlawanan dimulakan.
    21.3.6 Shoulders: Sila perbetulkan kedudukan bahu supaya tidak melebihi garisan tengah memasuk kawasan lawan.
    21.3.7 Stop : Hentikan perlawanan serta merta.
    21.3.8 Warning : Hukuman amaran dari pengadil
    21.3.9 Winner: Pengadil mengistiharkan Pemenang
    21.3.10Referess Grip : Cengkaman dilakukan oleh pengadil sekiranya pemain-pemain gagal membuat cengkaman permulaan yang sempurna.
    21.3.11Back: Kedua pemain diarah berundur kebelakang dalam jarak 1 meter dari meja pertandingan.
    21.3.12Thumb Down: Ibu jari tangan pemain hendaklah dalam kedudukan ke dalam cengkaman
    21.3.13Don’t Move: Tiada pergerakan oleh pemain sebelum pengadil memulakan perlawanan
    21.3.14Center : Kepala dan bahu pemain hendaklah diundurkan dari kawasan tengah meja
    21.3.15Strap: Sekiranya cengkaman terlepas semasa perlawanan berlangsung, tangan kedua-kedua pemain akan diikat oleh pengadil
    21.3.16Foul: Pemain telah melakukan kesalahan kecil
    21.3.17Dangerous position: Pemain berada dalam posisi kedudukan yang boleh mendatangkan kecederaan. Pemain hendaklah segera membetulkan kedudukan. Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya mereka yang dalam "dangerous position" melakukannya sebanyak 2 kali.




Salam Hormat dan Selamat Datang

Posted by Laman Taktikal Gusti Lengan on Monday, December 21, 2009 , under , , , , | comments (0)











Salam Hormat dan Selamat Datang kepada semua pemain dan peminat gusti lengan Malaysia dan Selangor Khususnya.

Tujuan kewujudan Akademi Online Gusti Lengan Selangor ini adalah untuk menjadi media kepada semua pemain dan peminat gusti lengan di Malaysia dan di Selangor khususnya untuk mempelajari dan memahami sukan Gusti Lengan. Pihak Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor merasa bertanggungjawab untuk melahirkan lebih ramai pemain gusti lengan yang berpengetahuan dan berilmu. Hasil pemerhatian PSLNS mendapati walau pun ramai yang bergiat dalam sukan gusti lengan, namun ramai juga yang tidak mengetahui dan memahami peraturan permaianan, teknik-teknik permainan dan corak latihan untuk menjadi mereka seorang ahli gusti lengan yang sempurna.

Pihak PSLNS amat berharap laman web ini akan digunakan sepenuhnya oleh semua ahli gusti lengan untuk mempertigkatkan lagi kemampuan mereka dan juga berharapkan akan dapat mewujudkan komunit ahli gusti lengan dan seterusnya memperomosikan sukan ini kepada masyarakat disamping memperhjuangkan agar sukan ini dapat dipertandingkan diperingkat yang lebih tinggi bermula dari peringkat Sukan Malaysia (SUKMA) hinggalah keperingkat antarabangsa.

Akademi Online Gusti Lengan Selangor ini masih lagi dalam pembinaan, namun begitu, kami mengalu-alukan apa juga pandangan, artikel dan berita gusti lengan daripada anda diluar sana untuk kami siarkan di sini.



Salam Hormat,



Shamsul Kahar bin Mohamad

Pengetua

Akademi Online Gusti Lengan Selangor